Perlu tak kita belajar teori personaliti? Untuk apa kita perlu belajar teori personaliti? sebagai manusia yang hidup bermasyarakat sudah semestinya kita perlu memahami individu-individu di sekeliling kita..betul tak.. tak kiralah bakal kaunselor ataupun sesiapa..kalau semua orang dapat memahami personaliti orang lain mesti masyarakat kita hidup aman damai kan..Meh kita belajar sikit teori personalaiti..
TEORI CARL JUNG (ANALITIKAL)
LATAR BELAKANG
Lahir antara 1870 – 1961
Hubungan dengan tua banyak mempengaruhi personaliti
Ayahnya seorang paderi, banyak belajar dari ayahnya
Banyak keinginan tidak dikongsi bersama dengan ayahnya
Kurang mesra dengan ‘parent’, duduk seorang bermain dengan anak patung, timbul perasaan sedar atau tidak sedar
Tenaga psikik, tidak berfokus pada seks semata-mata
Tenaga kreatif, untuk superioritI, guna bahagian timbul asas Carl Jung
Bapa
-Paderi
-Kuat pegangan agama
-Hubungan yang rapat dengan Carl Jung
-Banyak pelajari kehidupan ayahnya
-Banyak keinginan Carl Jung tidak dapat dipenuhi oleh bapanya
Ibu
-Suri rumah
-Bermasalah (mental disorder)
-Perlakuan ibunya sentiasa berubah
-Carl Jung keliru dengan sikap ibunya
-Tingkah laku sangat mempengaruhi Carl Jung
Kekecewaan dengan sikap ibu bapanya, Jung kurang berminat dengan kehidupan realiti (alam sedar)
Beralih kepada alam sedar – mimpi dan fantasi
Ada masalah, Jung menyelesaikan dengan mimpi dan fantasinya
TENAGA PSIKIK (LIBIDO)
Libido tenaga kehidupan yang umum bukan dalam bentuk seksual seperti yang diutarakan oleh Freud
Konsep Libido sangat luas dan sebagai tenaga kehidupan yang tidak dapat dibezakan
Tenaga Libido
-Dalam bentuk seksual
-Tingkah laku
-Kreatif
-Ke arah superioriti
Carl Jung membataskan penggunaan Libido dalam 2 cara
-Sebagai penyebaran dalam kehidupan
-Sebagai tenaga yang menyelaras dalam merangsang personaliti seseorang yang dipanggil ‘psikik’
Melalui tenaga ‘psikik’ – aktiviti psikologikal – merasa, berfikir dan perasaan dapat ditonjolkan
Bila seseorang menggunakan tenaga psikik yang besar dalam sesuatu idea – ia memerlukan nilai tenaga psikik yang tinggi dan dapat mempengaruhi seseorang
Contoh : Tenaga psikik – timbul dalam fikiran untuk bergaul – automatik digunakan
Digunakan untuk kegiatan dan dalam sesuatu situasi
3 PRINSIP LIBIDO
1. Prinsip berlawanan
Tenaga Psikik – setiap keinginan atau perasaan ada lawannya, bangkangannya atau antitesis ini. Konflik di antara polariti ini merupakan penggalak utama semua tingkah laku dan penjana semua tenaga.
2. Prinsip persamaan
Tenaga yang dikembangkan dalam mewujudkan beberapa keadaan
Tidak hilang tetapi diubah ke bahagian lain personaliti
Persamaan – tenaga yang dipindahkan ke bahagian baru mestilah mempunyai psikik yang sama
Prinsip persamaan – tenaga diedarkan semula dalam personaliti secara berterusan
3. Prinsip Entropi
Terdapat keseimbangan atau equilibrium dalam personaliti tersebut
Sekiranya dua keinginan atau kepercayaan berbeza dalam intensiti atau nilai psikik tenaga akan disalirkan dari kuat ke lemah
Secara idealnya, personaliti tersebut mempunyai peredaran tenaga psikik yang sama aspeknya
STRUKTUR PERSONALITI
1. Ego
2. Alam tidak sedar peribadi
3. Alam tidak sedar himpunan
4. Pesona (Topeng)
5. Anima dan Animus
6. Bayangan
7. Sikap (introversi, ekstroversi)
8. Fungsi (memikir, intuisi, merasa, deria)
9. Kendiri
Personaliti
Segala peristiwa yang mengandungi pelbagai system yang berbeza tetapi berinteraksi sesame sendiri. Personaliti terjelma melalui alam sedar iaitu penyesuaian terhadap dunia luar dengan dunia alam tidak sedar iaitu penyesuaian terhadap dunia.
Ego (Akal, bagaimana seseorang itu berfikir)
Pusat alam sedar
Bertanggungjawab bagi cara kita berfikir, merasa, mengamati dan mengingati semula
Yang memberi rasa kesinambungan dan identiti
Yang wujud dan menjadi asas bagi kita mengamati dunia dan diri kita sendiri
Alam Tidak Sedar Peribadi
Banyak pengalaman dalam kehidupan
Di mana pengalaman itu mempunyai persamaan dan akan dihimpunkan bersama dan menjadi bertambah kompleks (susah)
Contoh : Himpunan perasaan, persepsi-persepsi, juga kenang-kenangan
Di antara kompleks-kompleks (masalah yang timbul / terkumpul) :
Semua kompleks (masalah) ini akan ditekan atau direpresikan ke alam tidak sedar sehingga mengganggu kehidupan individu kerana kompleks (masalah) tersebut boleh / akan muncul ke alam sedar
Alam Tidak Sedar Himpunan
Pengalaman yang berkisar (suku bangsa, keturunan dan mitos)
Yang diwarisi sejak zaman berzaman
Pengalaman ini melalui proses evolusi sejak zaman berzaman dan manusia memendam warisan itu ke dalam lubuk alam tidak sedar individu
Hati (cara berfikir) – mempengaruhi tingkah laku. Contoh : keturunan Raja Jambal tidak boleh makan rebung buluh – nanti sakit / umur tidak panjang (mati)
Pesona (Topeng Muka)
Ada dua iaitu peribadi dan social
Topeng yang dipakai bagi mencerminkan personaliti dan mengikut kehendak dan norma masyarakat
Seeorang boleh memainkan semua peranan bagi memenuhi semua kehendak masyarakat tetapi kadang-kadang gagal memenuhi keperluan sendiri
Bila gagal memakai topeng sebenar, seseorang itu akan kehilangan erti atau makna dalam hidupnya
Anima dan Animus
Anima – lelaki yang mempunyai ciri-ciri keperempuanan
Dengan adanya ciri-ciri ini dalam diri lelaki : dapat memahami orang perempuan
Animus – perempuan yang mempunyai ciri-ciri kelakian
Dapat memahami orang lelaki
Anima dan Animus penting bagi lelaki dan perempuan
Bayangan
Arkitaip yang jauh terpendam di dalam lubuk alam tidak sedar kolektif (himpunan) mempunyai 2 sifat utama. Di dalamnya terdapat:
-Ciri-ciri primitif dan kebinatangan yang ingin kita nafikan
-Ciri-ciri kreatif jika tidak dihidupkan akan mati begitu sahaja
Bila berhadapan dengan bayangan – ego akan memainkan dua peranan :
-Mengarah dan mengawal bayangan agar naluri-naluri kebinatangan itu menjad jinak dan tertib supaya ia dapat berinteraksi dengan sewajarnya dengan orang lain
-Menggalakkan bayangan akan melahirkan keupayaan dan kreativiti yang dimilikinya agar kehidupan individu menjadi lebih seronok
Akal mempengaruhi bakat dan menyebabkan keseronokan
Kendiri
Merupakan satu yang sangat penting bagi seseorang individu. Melalui konsep ini, kita akan melihat gambaran bagaimana matlamat yang ada pada individu tersebut
Berkait rapat dengan matlamat dan harapan individu
Kesatuan individu secara keseluruhan – kesepaduan yang utuh (perlakuan dan tingkah laku pertuturan)
Biasanya konsep kendiri akan dicapai pada peringkat pertengahan umur (30-40 tahun : pada masa ini sudah memiliki semuanya ; keluarga, harta dll)
Konsep kendiri yang ada pada individu tersebut akan mendorong manusia memikirkan masa depan mereka
Melambangkan kendiri masing-masing
Kendiri merupakan tenaga pendorong yang utama pada individu tersebut
Sikap
Ekstroversi (Terbuka)
-Suka bergaul
-Pemikiran terbuka
-Suka berorganisasi
-Kreatif
-Berani membuat keputusan
Introversi (Tertutup)
-Pendiam
-Pemalu
-Menyimpan rahsia dan bersendirian
-Suka fikirkan hal-hal personal
Fungsi Psikologi
Deria (amat), Intuisi (gerak hati – sebab – akibat)
Merasa, intuisi, kreatif, lebih suka kepada ketidaksedaran
PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI
1. Zaman Kanak-Kanak
Bermula dari lahir – remaja merupakan zaman yang senang dilalui
Kanak-kanak itu tidak dapat mengecam hal-hal kompleks
Banyak dipengaruhi oleh ibu bapanya. Ibu bapa yang menentukan dan mencorakkan personaliti anak-anak mereka
Ego mula berfungsi apabila anak-anak dapat membezakan dirinya dengan orang lain dan objek persekitaran
Sifat ketidaksedaran kanak-kanak lebih kepada kolektif bukan personal (alam tidak sedar himpunan)
Contoh : “Jangan masuk ke dalam! Ada hantu!”
2. Zaman Remaja
Dari alam fantasi kepada membuat keputusan sendiri
Mula memikirkan aktiviti seperti menamatkan pendidikan, memulakan kerjaya, berkahwin dan berkeluarga
Tahap ini kesedaran mereka dikatakan manusia kukuh
Matlamat hidup untuk mencapai cita-cita kejayaan dalam hidup
Tahap yang mencabar untuk mencapai kesempurnaan dalam hidup dan kesempurnaan keperibadian mereka
3. Peringkat Pertengahan Umur (35 – 40)
Akan mengalami tahap krisis personaliti
Personaliti telah mantap dari segi kerjaya, perkahwinan dan kemasyarakatan
Masa peralihan – sebelum ini banyak guna tenaga melakukan aktiviti kehidupan tetapi pada tahap ini ia menjadi kurang bertenaga dan mempersoalkan makna kehidupan
Focus hidup menjadi spiritual, bertafakur dan tidak memikirkan tentang kebendaan
4. Zaman Ketuaan
60 tahun ke atas
Kecenderungan untuk kembali kepada alam tidak sedar (nyanyuk)
Pusingan hidup akan berakhir dengan kematian
Sensitif
Zaman keseorangan
KESIMPULAN
Personaliti introvert dan ekstravert
Campuran jenis dan fungsi individu
Jenis-jenis personaliti – merasa, berfikir, intuisi (gerak hati) dan deria
Perasaan alam tidak sedar peribadi dan kompleks-kompleks serta alam tidak sedar himpunan yang ada dalam diri seseroang boleh digembleng bagi menghasilkan kendiri yang sihat boleh menuju ke arah nirwana kendiri.
Anima dan Animus dieksploitasikan untuk kebakan individu
Banyangan yang mempunyai dua sifat dapat diekploitasikan (primitive dan kreatif)
Aspek yang terdapat dalam system personaliti hendaklah disedari dan dikenali agar membantu individu membentuk kendiri dengan lebih baik.
TEORI ABRAHAM MASLOW (HUMANISTIK)
1. Latar Belakang
2. Pandangan Terhadap Manusia
3. Perkembangan Personaliti – Teori Hierarki
4. Ciri-ciri keperluan
5. Lima Keperluan Hierarki
6. Ciri-ciri Manusia Mencapai Kesempurnaan Kendiri
7. Faktor-faktor Manusia Gagal Mencapai Kesempurnaan
PENGENALAN
Pelapor kepada psikologi kemanusiaan
Dalam teorinya menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat (humanistik)
Maslow mengkritik Freud tentang teori yang dikemukakan oleh Psikologi Behaviorisme dan tingkah laku (Psikoanalisis)
Contoh : Maslow mengkritik Freud tentang tanggapannya terhadap konflik yang tidak disedari.
Memandang manusia dengan penuh “optimistik”
Menurut Maslow : dengan mengkaji manusia yang tidak normal iaitu yang terganggu jiwa dan emosinya.
LATAR BELAKANG
Lahir 1 April 1908 di Brooklyn, New York
Anak sulung daripada 7 orang adik-beradik
Keluarga Maslow adalah imigran Yahudi dari Rusia yang miskin dan mempunyai tahap pendidikan rendah
Maslow hidup dalam keadaan keseorangan, kekecewaan dan tidak menyeronokkan.
Mengalih perhatian kepada buku
Maslow membesar tanpa kasih sayang dari kawan-kawan, beliau sering disingkirkan oleh kawan-kawannya.
Masalah persekitaran luar rumah dan faktor keluarga mempengaruhi kehidupannya
PERHUBUNGAN DENGAN KELUARGA
Hubungan dengan AYAH
Bapanya bernama Samuel, kaki botol, kaki perempuan
Menganggap Maslow bodoh dan hodoh
Dalam keluarga, Maslow dipanggil “Abe”
Dalam perjumpaan keluarga besar-besaran, ayahnya mencaci Maslow budak bodoh
Memberi kesan mendalam dan mempengaruhi imej kendirinya
Hubungan dengan IBU
Ibunya bernama Rose
Perangai ibunya lebih teruk daripadanya bapanya
Ibunya selalu menghukum Maslow walaupun kesalahan kecil (mental disorder)
Mengancam diri Maslow atas nama Tuhan
Maslow menyifatkan ibunya seorang perempuan yang jahil, dingin, bermusuhan, tidak mempunyai kasih sayang dan mendatangkan kegilaan kepada anak.
Ibunya yang tidak tahu menguruskan rumah tangga
Neurotik psikotik
Contoh 1 : Ibunya sanggup mengunci makanan di dalam peti sejuk bila ia marah pada Maslow, mangga di peti sejuk akan dibuka bila hatinya sejuk.
Contoh 2 : Maslow terjumpa 2 ekor kucing, dibawanya balik ke rumah untuk dibela tetapi dibunuh ibunya dengan menghentakkan kepala kucing ke dinding.
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Teori kemanusiaan Maslow melihat manusia dengan pandangan yang optimistik
Maslow percaya pada kebebasan. bagi Maslow, manusia perlu mempunyai kebebasan untuk menjadi sempurna dan dapat mencapai makna hidup. Dengan adanya kebebasan, kita dapat mencapai atau menentukan pilihan atau erti kehidupan.
Keperluan yang dimiliki manusia adalah diwarisi tetapi tingkah laku untuk mencapai adalah dipelajari :
Maslow percaya bahawa personaliti manusia adalah unik (bagaimana cara seseorang manusia mencapai / memenuhi keinginan adalah berbeza dengan individu yang lain)
Maslow mengakui pentingnya pengalaman di zaman awal kanak-kanak dalam membentuk perkembangan personaliti mereka kemudiannya, tetapi ia tidak percaya bahawa kita adalah mangsa kepada pengalaman ini.
Abraham Maslow menekankan bahawa warisan kita pada dasarnya adalah baik, tetapi beliau juga tidak menafikan akan wujudnya kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna.
Kesimpulannya
Berdasarkan teori Abraham Maslow ini, manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif.
PERKEMBANGAN PERSONALITI TEORI HIERARKI KUMPULAN
Teori Abraham Maslow dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan (Hierarchy Of Need Theory). Teori ini mempamerkan 5 keperluan tingkah laku yang mempengaruhi dan mengarahakan tingkah laku manusia. Susunan keperluan tersebut adalah :
1. Keperluan fisiologi
2. Keperluan keselamatan
3. Keperluan kaish sayang
4. Keperluan penghargaan kendiri
5. Keperluan kesempurnaan kendiri
Maslow menerangkan segala keperluan itu sebagai “semulajadi” yang bermakna, “kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkah laku”. Bagaimanapun segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya oleh ketakutan dengan menyetujuinya.
Sesungguhnya segala keperluan ini diwarisi sejak lahir, tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan ini adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza dari seseorang dengan seorang yang lain.
Keperluan paling kuat (utama) kepada keperluan yang lemah. Keperluan ini adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan.
Tidak semua keperluan itu dipenuhi pada masa yang sama secara umumnya. Hanya satu keperluan yang akan mendominasi personaliti kita. Keperluan yang satu ini akan bergantung kepada keperluan yang lain yang telah dipenuhi.
Ciri-ciri Keperluan Maslow
Maslow menghuraikan ciri-ciri dan fungsi keperluan seperti berikut:
Keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hierarki adalah keperluan yang paling perlu. Ia diberi keutamaan dan yang paling tinggi dalam hierarki adalah keperluan yang paling lemah.
Seterusnya pada bahagian atas hierarki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.
Berikutnya, keperluan yang paling atas tidak penting, boleh ditangguhkan, ianya tidak menimbulkan krisis tetapi apabila keperluan yang paling bawah tidak dipenuhi / ditangguh akan menimbulkan krisis dan menimbulkan pelbagai masalah. Keperluan peringkat bawah ini adalah sebagai “deficit atau deficiency needs”
Begitu penting, maka keperluan kepada memenuhi keperluan tersebut boleh ditangguhkan. Ini kerana kegagalan memenuhi keperluan pada peringkat akhir menyebabkan seseorang itu kecewa.
Sungguhpun keperluan peringkat atasan tidak begitu penting dipenuhi untuk kehidupan, namun ia menyumbang kepada perkembangan kehidupan. Jika keperluan peringkat atasan ini dapat dipenuhi atau dipuaskan, maka didapati bahawa hidup akan lebih panjang dan menambahkan kecekapan biologi. Atas alasan ini, Maslow menekankan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan “Growth Need”.
Memenuhi keperluan peringkat atasan ini memberi faedah kepada aspek biologi dan psikologi.
Memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi, politik yang unik dan harmoni. Sebaliknya memenuhi kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran.
Suatu keperluan ini tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hierarki menjadi penting atau dipenuhi.
Dalam kajiannya, Maslow menerangkan bahawa :
1. 85% kepentingan fisiologi yang mesti dipenuhi
2. 70% keperluan keselamatan
3. 50% keperluan kasih sayang
4. 40% keperluan penghargaan kendiri
5. 10% keperluan kesempurnaan kendiri
Keperluan Fisiologi
Keperluan utama bagi manusia seperti makanan, minuman, rehat, tidur dsb.
Peringkat Pertama yang perlu dipenuhi oleh semua orang
Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, maka keperluan lain tidak dapat dicapai.
Lebih bersifat biologikal.
Keperluan Keseluruhan / Keselamatan
Keinginan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan, bebas dari rasa takut dan bimbang.
Sangat diperlukan pada masa kanak-kanak
Bagi orang dewasan keselamatan penting – bebas dari rasa takut – dengan mengadakan peraturan dan undang-undang dalam masyarakat.
Tidak dapat capai, ia akan membahayakan individu tersebut.
Keperluan Kasih Sayang
Kanak-kanak yang telah merasa selamat dalam persekitarannya mengalih kepada orang tua atau ahli keluarga.
Ramaja – mendapat kasih sayang dengan mendapat penerimaan dari sahabat dan rakan sebaya.
Keperluan untuk dihargai sukar untuk dicapai terutama keadaan masyarakat yang sentiasa berubah.
Perubahan tempat tinggal, tempat belajar menyebabkan individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara. Contoh : masuk atau jadi ahli persatuan.
Jika tidak dipenuhi – gelisah, kecewa, tidak tenteram yang menyebabkan gangguan emosi.
Membentuk manusia dengan sempurna.
Keperluan Penghargaan Kendiri
Pengiktirafan tentang diri sendiri
Penghormatan dari orang lain
Ingin dikenali dan mendapat kedudukan sosial
Dapat kemasyhuran
Keperluan penghargaan kendiri :
1. Penghargaan terhadap diri sendiri
2. Penghargaan yang diberikan oleh orang lain
Jika dipenuhi – timbul keyakinan dan lebih berdikari
Menjadi produktif
Tetapi jika keperluan ini tidak dipenuhi :
1. Rasa rendah diri dan takut
2. Sentiasa meminta pertolongan
3. Tidak bermanja
4. Tidak berkeyakinan
5. Suka melihat kekurangan
6. Takut dikritik orang lain
Keperluan Kesempurnaan Kendiri dan Keperluan paling atas
Keperluan ini merangkumi :
1. Kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi
2. Bakat dan kebolehan
Kegagalan ini akan menyebabkan rasa kehilangan, kecewa dan terkilan.
CIRI-CIRI MANUSIA YANG MENCAPAI KESEMPURNAAN KENDIRI
Mempunyai persepsi yang jelas dan reality
Penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran
Kespontanan (kebijaksanaan) suka mempermudah dan berkecuali
Berdedikasi terhadap sesuatu sebab (matang)
Penikmatan – menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas.
Minat untuk bersosial
Memerlukan kepada hak diri
Toleransi dan dapat menerima orang lain
Kreativiti dan keaslian
Penolakan terhadap tekanan sosial
FAKTOR MANUSIA GAGAL MENCAPAI KESEMPURNAAN KENDIRI
Semakin tinggi kedudukan dan keperluan dalam susunan hierarki, semakin lemah dan sukar untuk mencapainya.
Corak atau amalan pendidikan yang dterima oleh seseorang individu. Contohnya : orang lelaki disuruh menerima nilai-nilai kelembutan (kewanitaan) menyebabkan ianya tidak berkembang dengan sepatutnya.
Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak
Faktor Jonah Kompleks iaitu perasaan takut atau bimbang dengan keupayaan diri sendiri. Individu itu takut untuk mengembangkan potensi yang ada pada dirinya.
TEORI & PERKEMBANGAN PERSONALITI
Pengenalan
Cabang ilmu psikologi – ilmu yang dipelajari tentang tingkah laku manusia
Bidang personaliti memberi tumpuan kepada dua perkara:
i. Diri individu secara keseluruhan
-Luaran bukan ukuran sebenar
-Jangan lihat separuh
-Personaliti : 2 kategori
ii. Perbezaan antara individu
Konsep Personaliti
Merujuk kepada kemahiran sosial
-Personaliti seseorang dinilai melalui cara seseorng berjaya mendapatkan tindak balas positif dari orang lain dalam pelbagai situasi.
Personaliti sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Merujuk kepada penilaian yang dibuat terhadap seseorang.
PERSONALITI
Berasal dari Bahasa Latin Persona atau Personalitas.
Pesona = Topeng (merujuk kepada luaran seseorang)
Sebenarnya personaliti memberi pengertian termasuklah ciri-ciri kualiti dalaman dan luaran seseorang.
Carl Jung berpendapat :
“Sepanjang kehidupan manusia, ia selalu memakai topeng untuk menutupi kelemahannya”.
Definisi PERSONALITI
Mischel : susunan pola tingkah laku manusia yang disesuaikan dalam kehidupan
Manninger : apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seeorang.
Maddi : berkaitan dengan pemikiran, mental-emosi dan tingkah laku seseorang.
Warren dan Charmichael : organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuian diri kepada persekitarannya.
Eysenk : keseluruhan tingkah laku sesuatu organisma yang meliputi perangai, intelek, peribadi dan bentuk badan yang stabil.
H.C warpen : adalah segenap organisasi mental dari manusia pada semua peringkat dari perkembangannya. Ini mencakupi setiap peringkat karektor manusiawinya, intelek, sifat, ketrampilan, moral dan segenap sikap yang telah terbentuk sepanjang hidupnya.
Persoalan Yang Berkaitan Dengan Personaliti
Bila kita ingin mengkaji individu secara mendalam, kita perlu mengetahui 3 perkara :
Apakah personaliti individu tersebut?
Bagaimana ianya menjadi tersebut?
Mengapa ia mempunyai tingkah laku sedemikian?
Isu Yang Berkaitan
Falsafah hidup
Isu faktor dalaman dan luaran
Alam sedar / tidak sedar
Isu yang berkaitan dengan diri
Pengaruh masa lampau terhadap pengaruh tingkah laku
Perhubungan antara kognisi, perasaan dan tingkah laku
Manfaat Mempelajari Teori Perkembangan Personaliti
1. Diri
Dapat maklumat dan memahami diri sendiri
Dapat memperbaiki diri sendiri (introspeksi)
2. Orang Tua
Cara layani anak dengan baik
Untuk memahami sikap dan bakat anak-anak
Hindarkan perasaan tidak puas hati anak
Kunci kebahagian keluarga
3. Suami isteri
Untuk saling mengenali peribadi antara suami isteri
Saling dapat memahami keperluan dan keinginan kedua-dua pihak
Elakkan pertengkaran dan perselisihan
4. Jiran tetangga
Memahami jiran lebih dekat
Saling mengenali peribadi tetangga
5. Pendidikan
Mengenali sifat orang yang dididik
Pelayanannya mudah diterima
Bina bakat / kegemaran anak didik
Dapat menolong dan dapat memperlakukan anak didik
Dapat mengajar dengan cara yang betul.
Menolong anak didik menjadi seorang yang matang dan bertanggungjawab
Elak timbul konflik antara guru dengan anak didik (guru tidak berwibawa)
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti
Faktor Baka – dalaman
-Keadaan fizikal
-Emosi
-Bentuk tubuh badan
Rakan sebaya
Sosial budaya
Media massa
Faktor pemakanan
Ciri-ciri Individu Yang Matang
P. Tillich
Individu yang matang
-Memiliki keberanian untuk hidup
-Bersifat serius, tekun dan mempunyai rasa tanggungjawab
-Boleh menerima kenyataan hidup
Pemikiran yang matang mempengaruhi pemikiran
Erik Hamburger Erikson
Memiliki organisasi usaha yang efektif untuk mencapai tujuan hidupnya
Dapat menerima realii/ kenyataan dunia secara tepat
Bertanggungjawab, bertoleransi dan mampu berdikari
Memiliki hubungan interpersonal dan intrapersonal yang baik kerana tidak egois, tidak mencurigai orang lain dan mampu mempertahankan diri
Marie Johada
Melihat inidividu:
Menguasai lingkungan secara efektif
Memperlihat secara keseluruhan dari segenap keperibadiannya
Memperlihat secara tepat dunia lingkungannya dan dirinya sendiri
Mampu untuk mandiri tanpa banyak menuntut kepada orang lain
Corpersmith
Orang yang mempunyai kendiri yang positif
Hubungan baik dengan orang lain
Mempunyai cir-ciri kepimpinan
Tidak bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan pengakuan
Mempunyai motivasi yang tinggi
Sikap bertolak ansur
Memilki daya kreativiti yang tinggi
Shoben
Individu yang matang dan memiliki mental yang sihat adalah digambarkan dengan sifat-sifat berikut:
Gembira
Bersikap iptimistik dan memiliki keyakinan diri
Sanggup menikmati pekerjaan dan permainan
Suka mencintai dan dicintai
Mempunyai matlamat hidup dan mempunyai komitmen dalam mengejar cita-cita
Tidak memperlihatkan emosinya secara ekstrim
Mempunyai self insight
Dapat membuat ramalan yang baik terhadap persekitaran
Memiliki tanggungjawab sosial
Sanggup menerima cabaran hidup baik ianya kesenangan, penderitaan, kesusahan, bencana dan lain-lain.
TEORI ERICH FROMM
1. Latar belakang
2. Pandangan Fromm terhadap manusia
3. Dilema asas manusia
Pengasingan daripada alam semulajadi
Era terakhir kestabilan
4. Mekanisme Psikik untuk mendapat keselamatan
5. Perkembangan personaliti kanak-kanak
6. Keperluan psikologi manusia
7. Ciri-ciri sosial dalam masyarakat.
LATAR BELAKANG
Lahir 1900 di Frankfurt, German
Keluarganya keturunan Yahudi ortodoks
-Bapanya ahli perniagaan
-Datuknya paderi Yahudi
-Bapa saudaranya ahli Talmud (penulis undang-undang Yahudi tradisi Yahudi)
Masa kanak-kanak minat dalam pembelajaran agama terutama mengenai nilai-nilai moral yang terkadung kitab lama (Old Testament)
Dipengaruhi dengan tradisi dan persoalan Yahudi dan masalah-masalah emosi yang dialami oleh seseorang dalam kumpulan minority.
Memutuskan hubungan organisasi keagamaan dan mengelakkan dirinya “atheistic mystic” iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
Pengalaman Dan Personaliti
Kehidupannya semasa kanak-kanak di rumah tidak menyeronokkan. Perhubungan tegang.
-Bapa memiliki perasaan tidak menentu, curiga dan tertekan (moody)
-Ibunya sering mengalami gangguan perasaan
Fromm menganggap dirinya sebagai kanak-kanak “neurotic yang tiada toleransi” (tidak tenteram fikiran)
Umur 12 tahun “peristiwa yang mengejutkan” di mana wanita 25 tahun (seorang pelukis) berhenti kerja untuk menjaga bapanya yang duda, tua dan uzur. Bila ayahnya (pelukis) meninggal, wanita tersebut sanggup membunuh diri dan mewasiatkan supaya jenazahnya dikuburkan bersama ayahnya dalam satu keranda (Erich Fromm tidak dapat menerima hakikat bagaimana wanita muda sanggup bersama seorang lelaki tua yang tidak menarik)
Erich Fromm beranggapan personaliti manusia adalah :
“daripada pengaruh-pengaruh sosial, ekonomi, politik dan sejarah di mana masyarakat yang bermasalah berpunca daripada manusia yang bermasalah”
Personaliti adalah dibentuk:
-Bersama dasar pandangan dalaman
-Dicorakkan oleh pengalaman-pengalaman sendiri (pegangan yang berbeza maka timbul personaliti yang unik)
-Diperkuatkan oleh dasar empirical- pemahaman dalam erti.
1922 dapat ijazah Doktor Falsafah di Universiti Heidelberg
Kahwin dengan Frieda Reichmann pakar analisa – 10 tahun tua daripadanya
1930 – menulis artikel tekanan sosio-ekonomi memberi kesan kepada sahsiah seseorang.
1934 pergi ke Amerika Syarikat – Chicago untuk bekerja dengan Karen Horney dan mengadakan hubungan sulit.
1980 meninggal dunia.
Buku-buku Tulisan Erich Fromm
Escape From Freedom (1941)
Man For Himself : An Inquiry The Psychology Of Ethics (1974)
The Sane Society (1955)
The Heart Of Man : Its Genius For Good Or Evil (1964)
Revolution Of Hope : Towards A Humanized Technology (1968)
To Have Or To Be (1976)
PANDANGAN FROMM TERHADAP MANUSIA
Gambaran yang optimistic terhadap manusia
Menurut Fromm manusia dibentuk oleh ciri-ciri masyarakat, politik dan ekonomi. Walaupun begitu, dorongan-dorongan ini tidak sepenuhnya membentuk tingkah laku manusia.
Percaya bahawa manusia mempunyai bakat dan kecenderungan untuk membesar, berkembang dan mengenal pasti potensi diri yang merupakan matlamat utama kehidupan.
Kegagalan untuk mencapai potensi diri yang telah ditetapkan menggambarkan kegagalan kita dalam mencapai orientasi produktif iaitu hasil daripada kesedihan dan gangguan mental.
Manusia yang suka melihat kelemahan pada manusia lain
Manusia adalah makhluk yang unik dan keunikan manusia memungkinkan manusia mempunyai identiti
Beliau tidak mementingkan sama ada manusia itu baik atau jahat tetapi berkemungkinan menjadi jahat sekiranya gagal mengenal pasti potnsi-potensi diri.
Manusia dapat mencapai tahap yang harmoni dan bersepadu tetapi akan menjadi sedih di atas kegagalan kita untuk menepatinya.
fromm mengutarakan satu bentuk masyarakat yang ideal dipanggil “Sosialisasi Komuniti Humanistik” menggambarkan :
masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan persaudaraan
perpaduan sesame manusia yang perlu ada masa kini.
DILEMA ASAS MANUSIA
Mengenai kebebasan vs keselamatan
Buku pertama dari Erich Fromm “Lari Dari Kebebasan” mengupas pandangan batasan manusia. Manusia yang berjaya menikmati kebebasan akan merasa :
-Lebih kesunyian
-Merasa tidak penting
-Pemindahan hak
-Contoh : perempuan simpanan – kebebasan dari segi harta tapi lama-kelamaan mereka akan merasa kesepian.
-Sebaliknya mereka yang kurang menikmati kebebasan mempunyai perasaan dimiliki dari rasa selamat.
Fromm menyatakan bahawa orang yang hidup di abad 20 mempunyai lebih banyak kebebasan tetapi dari sudut lain “mereka berasa lebih jauh lebih keseorangan, kesepian, terasing dan tidak bermakna”.
Mengasingkan diri dari persekitaran.
-Konsep ini diinterpretasi oleh Fromm dari tamadun Barat
-Manusia sedar tentang diri dan dunia mereka
-Melalui belajar manusia memperolehi pengetahuan masa lalu
-Melalui imaginasi, manusia dapat melihat masa depan dan masa kini.
-Oleh sebab manusia, mempunyai kesedaran yang jelas serta kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Era terakhir kestabilan
Zaman pertengahan (400 – 1400) merupakan era terakhir kestabilan, keselamatan dan keupayaan.
Masa di mana tiada kebebasan kerana system orang dalam masyarakat. Contoh : orang kaya dalam kelas orang kaya.
Tiada mobility georafi atau sosial, kurang peluang pekerjaan, budaya sosial dan tabiat.
Walaupun tidak bebas tetapi mereka tidak diasingkan satu sama lain.
Struktur sosial yang rigid ini bermakna bahawa kedudukan seseorang di dalam masyarakat adalah jelas.
Reformasi Protestant telah memusnahkan kestabilan dan keselamatan dengan meningkatkan kebebasan peribadi.
Orang ramai tidak mempunyai pilihan dan kuasa.
MEKANISME PSIKIK UNTUK MENDAPAT KESELAMATAN
1. Authoritarinisme (Autokratik / Kekerasan)
i. Masochistik
Rendah diri
Amat bergantung kepada orang lain
Rela dikuasai oleh orang lain
Bertingkah laku lemah
Patuh dan bergantung kepada orang lain (dapat rasa selamat)
ii. Sadist
Membuat orang lain bergantung kepada mereka
Mengeksploitasikan orang lain dengan mengambil apa saja yang dipunyai oleh orang lain
Suka melihat orang lain sengsara dan menjadi penyebab kepada kesengsaraan itu
Kesengsaraan dalam bentuk emosi seperti malu dan terhina
2. Destructive (Memusnahkan)
Usaha untuk menghapuskan ancaman dari obejk, individu atau institusi lain
Terdapat dalam semua lapisan masyarakat
Mereka menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada manusia seperti rasa kasih sayang, bertanggungjawab.
3. Automaton Conformity (Penghalang Dengan Orang Lain)
Penting dalam perhubungan manusia
Individu mengurangkan rasa kenusyian dan tersingkir dengan berusaha menjadi seperti orang lain dengan mematuhi
Menyesuaikan diri dengan peraturan dan norma masyarakat
Ingin menjadi sebahagian masyarakat
Tindakan dan tingkah laku sesuai dengan kehendak masyarakat
Jika tindakannya bertentangan dengan masyarakat, mereka kehilangan rasa selamat dan pengiktirafan.
PERKEMBANGAN PERSONALITI KANAK-KANAK
Waktu bayi : memperolehi kebebasan yang sedikit tapi merasa selamat atas pergantungan terhadap ibu bapa, ditentukan oleh orang tua.
Kanak-kanak : rasai kebebasan yang diberikan ibu bapa, semakin kurang pergantungan – semakin tidak rasa selamat.
Proses kematangan : rasa terasing, tidak berupaya dan cuba mendapat semula rasa selamat, banyak kebebasan, kebebasan vs keselamatan.
Mekanisme perhubungan digunakan : perhubungan simbiotik, penarikan kemusnahan, kasih sayang.
Mekanisme Perhubungan Antara Manusia
1. Perhubungan Simbiotik
Mekanisme – untuk memperolehi keselamatan dengan meneruskan hubungan rapat dengan ibu bapa dan bergantung kepada ibu bapa mereka.
Kanak-kanak menjadi sebahagian daripada orang tua mereka
-“Ditelan” – tidak memperolehi kuasa dan terpaksa akur dengan arahan atau perintah orang tua.
-“Menelan” – mendapat kebebasan atau kuasa diberikan sepenuhnya kepada kanak-kanak. Dapat keselamatan dengan mempermainkan dan mengekploitasikan orang tuanya.
Kesimpulannya :
Perkaitan hubungan simbiotik adalah mekanisme kanak-kanak untuk memperolehi keselamatan dengan meneruskan hubungan rapat dengan ibu bapa dan terus bergantung kepada ibu bapanya.
2. Penarikan – kemusnahan
Interaksi ini adalah akibat perhubungan yang renggang dengan orang lain
Fromm berpendapat
-Bahawa hubungan penarikan dan kemusnahan adalah perhubungan ibu bapa dan anak-anak yang berbentuk aktif dan pasif.
-Kelakuan anak-anak ditentukan oleh kelakuan ibu bapanya
-Contoh : ibu bapa yang suka bertindak kasar atau pemusnah tidak akan dapat menawan anaknya kerana anak cuba menarik diri daripada ibu bapanya.
Kesimpulannya:
Penarikan dan kemusnahan adalah mekanisme kanak-kanak memperolehi keselamatan iaitu dengan menjauhkan diri dari ibu bapanya.
3. Kasih Sayang
Kasih sayang adalah bentuk perhubungan ibu bapa yang amat diinginkan
Ibu bapa menjadikan serta menyediakan peluang yang luas untuk perkembangan personaliti anak-anak yang positif dengan menghormati mereka dan seimbang dari segi keselamatan dan tanggungjawab.
Akibatnya kanak-kanak mereka tidak perlu untuk mereka lari dari kebebasan semasa membesar dan mereka ini berupaya untuk menyayangi dirinya dan juga orang lain.
Kesimpulannya:
Kasih sayang adalah berbentuk interaksi ibu bapa dan anak di mana ibu bapa menghormati dan seimbang dalam membekalkan keselamatan dan tanggungjawab.
-Menyesuaikan diri dengan peraturan dan norma masyarakat
-Ingin menjadi sebahagian dari masyarakat
-Tindakan tingkah laku sesuai dengan kehendak masyarakat.
KEPERLUAN PSIKOLOGI MANUSIA
Manusia adalah sama kerana mereka mengalami pengalaman yang sama dan terpaksa menerima hakikat dalam kehidupan ini.
Hidup ini mesti ada batas kerana kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud
Oleh itu, manusia bergantung antara satu sama lain tetapi dalam masa yang sama akan merasa keseorangan.
Contoh : hidup – mati, bebas dan bertanggungjawab dan sedar akan kekuatan diri.
Jenis Keperluan Psikologi Manusia
1. Rangka rujuk orientasi dan pengabdian
Rangka rujuk orientasi sebagai peta minda untuk kehidupan sejati dan kehidupan sosial
Ia boleh mengurus dan memberi makna kepada pelbagai masalah kehidupan
Rangka rujuk orientasi kita diturunkan oleh ibu bapa
Orientasi kita : tradisional, keagamaan dan saintifik
-Hidup yang bermakna
-Mengelakkan seseorang terpinggir atau kesunyian
2. Berhubungan
Bergantung pada orang lain
Memerlukan perhubungan dengan orang lain, untuk lebih kreatif
Dalam perhubungan – makostik dan sadist
Perhubungan yang bermakna ialah memiliki perasaan kasih sayang matang
Mengambil berat hal orang lain
Penghormatan melibatkan penerimaan orang lain
Bertanggungjawab
3. Asal usul
Keperluan mengekalkan pertalian silaturahim supaya tidak terputus
Keinginan kita berbalik kepada asal usul begitu kuat hingga membantutkan perkembangan diri sendiri.
Bagi Fromm, kita perlu bebas dari tekanan / cengkaman masa silam
Kita perlu memberi kasih sayang untuk hubungan bukannya melakukan hubungan kerana terpaksa.
4. Identiti
Kesedaran bahawa setiap individu memiliki sifat yang berbeza
Sedar kekuatan atau kelemahan diri sendiri supaya kita jadi produktif
Elak pengikuti atau meniru orang lain kerana ia tidak kekal dan diri kita akan hilang jati diri.
5. Kesatuan
Diri individu adalah kesatuan (sebati dengan alam semulajadi) dan boleh menghayati alam haiwan
Untuk mencapai kesatuan, kita perlu meningkatkan kewarasan (kebijaksanaan) dan kasih sayang
Kepercayaan pada agama adalah cara membentuk kesatuan dan mengelak manusia bersifat kehaiwanan.
6. Melangkaui (Transcedence)
Menjadi orang yang kreatif dan produktif
Kita perlu mengatasi kepasifan yang dimiliki
Untuk kreatif kita perlu cintai diri kita dan orang lain.
7. Keberkesanan
Bertindak untuk menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan
Cara ini membuktikan kita melakukan sesuatu yang berguna
Sebab dunia ini sangat mempengaruhi kita
CIRI-CIRI SOSIAL DALAM MASYARAKAT
Fromm mendefinisikan personaliti sebagai “keseluruhan ciri psikik yang tersedia diwarisi. Hal ini juga didapati (dipelajari) oleh individu dan inilah yang menyebabkan mereka berbeza”. Beliau mengemukakan sejumlah jenis-jenis karektor yang terkandung dalam setiap tingkah laku.
Fromm membezakan di antara :
Orientasi Produktif | Orientasi Tidak Poduktif |
Adalah idea dalam perkembangan manusia Contoh adalah Biophilous dan Being | – Adalah saluran atau jalan yang tidak sihat yang berkaitan dengan dunia. – Contoh : jenis karektor yang menerima a. Eksploitasi b. Menyorok c. Pasaran d. Pembinasaan e. Having |
Menerima
Orang yang mempunyai ciri orientasi
Mengalami sumber kebaikan datang dari luar dirinya
Mempercayai bahawa cara mendapatkan sesuatu yang diinginkan islah dengan menerima tidak kira yang dikehendaki itu kebendaan, kasih sayang ilmu atau keseronokkan dari luar.
Bersifat bergantung
Lebih suka menyetujui permintaan orang
Lebih gemar disayangi daripada menyayangi
Suka menerima daripada memberi
Eksploitasi
Mengalami sumber kebaikan dari luar
Bukan setakat menerima tetapi mendapatinya dengan jalan penipuan atau memaksa
Setiap yang diinginkan mesti didapati dengan apa cara sekalipun sama ada mencuri, mengeksploitasi suasana.
Dalam masa yang sama bersikap cemburu, marah atau agresif.
Contoh : jika orang lain memiliki barang yang lebih baik darinya, individu ini akan mencuba memperolehi juga.
Menyorok
Memperolehi rasa selamat :
Dengan banyak meyorok (menyimpan)
Tingkah laku ini tidak kepada pemilikan wang atau kekayaan tetapi emosi dan pemikiran
Gemar menyendiri dan melindungi daripada gangguan luar.
Pasaran (marketing)
Ciri orientasi pasaran :
Merupakan keunikan dunia moden yang menggunakan pertukaran wang dengan barangan sebagai tulang belakang ekonomi
Bekalan dan permintaan menentukan nilai sesuatu barangan bukan kegunaannya
Manusia yang berorientasikan pasaran menganggap diri mereka seperti barangan pasaran yang boleh dijual beli mengikut kuasa pasaran
Mereka merupakan barangan yang hendak dijual mengikut trend pasaran tanpa memikirkan tentang makna dan nilai harga diri.
Pembinasaan (Necrophilous)
Ciri orientasi ini:
Begitu tertumpu kepada kematian, memikirkan berpanjangan soal kematian dan mengangungkan kematian
Mendapatkan keseronokkan dengan hal-hal penjahanaman dan kematian
Contohnya pembunuhan dan peperangan yang mencerminkan ciri-ciri Necrophilous yang masih berterusan
Produktif
Melibatkan keseluruhan hubungan dengan dunia dari segi kewarasan dan kasih sayang
Tidak terlalu memikir yang praktikal dan kejayaan tetapi keinginan untuk menyalurkan kebaikan bagi kemanusiaan.
Keupayaan berfikiran secara produktif membolehkan “manusia berfikir, bertindak, merasai dan melakukannya dengan kesedaran terhadap makna kehidupan”.
Seorang manusia akan matang dan bersepadu menghargai kehidupan dan menyalurkan kehidupan dengan mengalami kegembiraan.
Biopilhous (Biophilous Orientation)
Kongruen dengan orientasi poduktif
Mengambil berat mengenai perkembangan dan pertumuhan dalaman seseorang
Cintakan kehidupan dan minat untuk berkembang kreatif
Cuba mempengaruhi orang lain dengan kasih sayang, alasan dan contoh bukan dengan secara paksa dan kekuasaan.
Mengambil berat mengenai perkembangan kendirinya dan orang lain.
Seorang yang berpandangan jauh.
Having
Menggambarkan pengertian dan makna kehidupan seseorang terkandung dalam penampilannya
Terlalu atau bersifat peribadi
Fromm mempercayai bahawa orang ini melihatkan penampilan kebendaan seperti kereta, pakaian, rumah atau intan permata tetapi juga dari segi pandangan atau pendapat.
Being
Karektor ini mentafsirkan dirinya:
Siapa dia sebenarnya (bukan apa yang dimilikinya)
Tidak ingin berlumba (bertanding) dengan orang lain kerana penampilannya bukan untuk membandingkan dengan orang lain
Personaliti mereka bersifat penyayang, suka bekerjsama dan gemar hidup secara produktif dengan orang lain.